Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LARI TINGGALKAN AYAM SELUDUP SELEPAS DIGEMPUR PGA BATALION 7


Rantau Panjang, 25 September 2020 - Sekumpulan lelaki yang sedang leka memunggah kotak mengandungi 2.57 tan ayam sejuk beku bernilai RM30,840.00 bertempiaran lari selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dalam kejadian di pangkalan haram Jitong di sini kelmarin.

Serbuan pada pukul 6.00 pagi itu dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan daripada orang awam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan, kesemua suspek terus melarikan diri ke negara jiran dengan menaiki perahu.

Katanya, pasukan yang melakukan pemeriksaan lanjut kemudian menemui dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dan van yang ditinggalkan berdekatan pangkalan itu dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan menemui bungkusan kotak ayam sejuk beku yang disyaki dibawa masuk ke negara ini secara tidak sah untuk pasaran tempatan.

"Bukan itu sahaja, status halal pada bungkusan ayam itu turut diragui," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA Lubok Stol di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: 2 people, people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS